Cuba kira dengan jari anda sudah berapa kali anda konon-konon hendak diet tetapi tidak dapat juga berat badan ideal yang diidamkan.
Sedangkan pelbagai produk anda telah cuba. Inilah masalahnya jika anda hanya bergantung kepada produk untuk kurus sedangkan dalam masa yang sama anda menolak kekuatan diri yang lagi hebat impaknya daripada produk kurus.
Kami kongsikan anda hari ini mengenai cara betul dan berkesan untuk kurus yang bukan sahaja telah kami amalkan malah dalam masa yang sama terbukti berkesan. Paling penting, tiada produk yang menggunakan kos anda digunakan.
Okay, kami faham anda mahu kurus dan anda mahu satu dunia tahu anda kurus tapi sedarkah anda bahawa orang lain tidak kisah pun mengenai anda. Silap-silap jadi mangsa mengata belakang oleh kawan sendiri.
Rancang perjalanan anda untuk kurus dan diam. Biarkan perubahan fizikal anda buat orang kagum. Jika dihebohkan, nanti anda terpaksa hidup untuk memuaskan hati orang ramai. Jika anda okay dengan perkara tersebut, silalah puaskan hati ramai orang lagi.
Salah satu perkara yang kami tidak suka tentang produk kurus ialah bahan-bahan yang kami tidak tahu secara terperinci – dan juga kesan pada usia tua nanti.
Bila anda ada matlamat dan sasaran yang anda mahukan, fokus sahaja. Lambat atau cepat untuk kurus adalah atas disiplin anda sendiri. Easy come, easy go, right?
Ini antara perkara penting dalam memastikan anda dapat menurunkan berat badan – rehat yang cukup. Tidur yang cukup buat anda cantik, anda tahu? Jika disiplin tidur pun tidak boleh jaga, apakah perkara paling berdisiplin anda pernah buat dalam hidup?
Pastikan anda dapat waktu tidur antara 6 hingga 8 jam sehari. Cuba ajar diri untuk tidur pukul 9 atau 10 malam dan bangun awal pagi atau ketika waktu Subuh. Tidur lambat akan buat anda lapar. Bila lapar makan anda rajin pulak mahu cari makanan, suruh disiplin makan sikit punya payah.
Ambillah masa belajar mengenai makanan yang anda makan. Buat apa beli smartphone harga ribu-ribu tapi bila suruh membaca malas.
Internet itu sudah sediakan pelbagai informasi kepada anda. Rajinkan diri membaca apa keperluan untuk anda kurus. Baca. Susah sangat ke mahu membaca? Baca novel cinta sampai menangis boleh pula.
5. Jangan Makan Lewat Malam
Anda makan lewat malam, anda gagal untuk disiplin.
Biasa minum teh tarik dan nescafe ais ketika makan di luar? Cuba tengok perut anda, itulah hasil yang anda laburkan setelah minum tanpa waspada.
Kurangkan pengambilan gula. Gantikan terus dengan air kosong dan juga buah-buahan. Anda cabar diri anda untuk tidak ambil air manis sekurangnya seminggu dan alami sendiri perubahan kepada tubuh badan anda.
Sarapan merupakan perkara asas dalam memastikan anda tidak terlebih makan ketika waktu tengahari. Jika disiplinkan diri pun tidak mampu, apatah lagi mahu tahan nafsu ketika makan tengahari.
Perut kosong akan memaksa minda anda untuk makan lebih banyak, kononnya anda perlukan tenaga lagi. Silakan ikut minda anda dan lihat diri anda tidak berubah sampai bila-bila.
Kesimpulannya, kekuatan mental adalah sangat penting dalam mendapatkan tubuh badan yang langsing, kurus dan sihat. Anda gagal kawal minda anda, anda sudah gagal. Makanlah produk apa pun, hasilnya perut anda tetap berlapis juga.
GC Tea minuman 100% herba semulajadi manis tanpa gula, penawar gula berlebihan dalam badan, mampu menurunkan berat badan berlebihan. Lihat testimoni mereka yang telah mengamalkan GC Tea.
Hubungi 0122800351